Ahad, 2 April 2017

Seorang pemilik akaun Youtube, JustSomeMotion telah memuatnaik suatu rakaman video dan kini menjadi perbualan hangat di laman media sosial.    



Parov Stelar, seorang penari yang berbakat telah merekodkan satu rakaman tariannya yang unik dan boleh dikatakan groovy. Rakaman tersebut telah dimuatnaikkan ke dalam akaun Youtube JustSomeMotion. Tarian yang menggabungkan beberapa jenis tarian seperti jazz, electro, moden dan traditional ini mendapat reaksi yang positif di kalangan netizen.
Parov bukanlah manusia yang lahir-lahir terus berbakat dalam tarian, malah ia mengambil masa bertahun-tahun untuk Parov mahir dalam bidang tarian ini. Sebelum Parov membuat rakaman tarian tersebut, beliau telah berlatih hampir setiap hari bagi memastikan tarian beliau disukai penonton.
Giliran OMM pula untuk tonton video tersebut.  Apa yang kami dapati, video ini memang tidak akan bosan jika diulang berkali-kali kerana terpukau melihat tarian dan pergerakan beliau yang smooth. Tak hairanlah bagaimana video ini mampu raih hampir 30 juta penonton.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ibu Terakam Foto Comel Anak 2 Tahun 'Posing' Bersama Pemangsa Berbisa, Sangkakan Dahan Pokok

Ibu Terakam Foto Comel Anak 2 Tahun 'Posing' Bersama Pemangsa Berbisa, Sangkakan Dahan Pokok Seorang ibu terkejut besar apabila...