Ahad, 2 April 2017

Ibu Terakam Foto Comel Anak 2 Tahun 'Posing' Bersama Pemangsa Berbisa, Sangkakan Dahan Pokok

Ibu Terakam Foto Comel Anak 2 Tahun 'Posing' Bersama Pemangsa Berbisa, Sangkakan Dahan Pokok


Seorang ibu terkejut besar apabila mendapati aksi comel anaknya ketika sedang membuat sesi bergambar di satu kawasan di Australia di temani dengan seekor makhluk berbahaya - seekor ular Eastern brown - ular kedua paling berbisa di dunia (sumber: Wikipedia).

Jika diperhatikan betul-betul, terdapat seekor ular menjalar berdekatan dengan kaki anaknya itu dan ketika gambar itu dirakam, mereka langsung tidak sedar akan kehadiran makhluk berbisa itu.

Bianca Dickinson berkata, dia perasan ada sesuatu bergerak ketika sesi mengambil gambar itu tetapi dia menganggapnya sekadar dahan pokok yang bergerak kerana ditiup angin.

Bagaimanapun, ketika dia perhatian dengan lebih teliti, dia terkejut besar apabila mendapati objek bergerak itu adalah seekor ular  Eastern brown, yang berkedudukan hanya beberapa meter dari anaknya, Molly.

Bianca berkata, dalam hati dia mahu terus membawa Molly lari tetapi dia sedar, jika berbuat demikian, ular itu mungkin akan mengganas.

"Saya rasa kerana saya berdiri tegak, dan Molly pun tegak, ular itu menjalar melepasi kami," kata Bianca.

Selepas keadaan selamat, Bianca membawa Molly ke tempat yang selamat.

"Apabila saya sampai di rumah, saya periksa kamera dan menemui gambar ini," katanya.

Tambah Bianca lagi, Molly langsung tidak perasan akan kehadiran makhluk itu.

"Saya pula sebaliknya. Saya tidak dapat tidur malam dan hanya makan sekali sahaja selepas kejadian ini berlaku (pada Rabu)."

Ular yang dikenali sebagai The East brown itu merupakan ular kedua paling berbisa di dunia dan ia merupakan ular yang paling bertanggungjawab ke atas kebanyakan kematian akibat gigitan ular di Australia.

Ardi Rizal Pernah Gemparkan Dunia, Hisap Rokok 40 Batang Sehari Pada Usia 2 Tahun, Perkembangan Terkini Beliau Selepas 7 Tahun

Ardi Rizal Pernah Gemparkan Dunia, Hisap Rokok 40 Batang Sehari Pada Usia 2 Tahun, Perkembangan Terkini Beliau Selepas 7 Tahun


Mungkin ramai masih ingat akan kisah berlaku pada tahun 2010 lalu di mana seorang kanak-kanak dua tahun bernama Ardi Rizal yang berasal dari Indonesia mempunyai tabiat buruk iaitu merokok sekurang-kurangnya 40 batang sehari.

Video beliau menjadi tular di laman media sosial ketika itu di mana ramai masyarakat dunia mengecam tindakan berkenaan.


Tidak berapa lama selepas itu, telah wujudnya sebuah pendedahan bagaimana Ardi boleh mula merokok seawal usia 18 bulan, pendedahan berkenaan menyebut ibu bapanya yang tidak bertanggungjawab menjadi punca.

Menurut ibu Ardi, Diane, Ardi akan mengamuk dan menjerit serta menghentakkan kepalanya ke dinding sekiranya tidak merokok selepas mengadu pening dan sakit sekiranya tidak mendapat rokok.

Bagaimanakan keadaan kanak-kanak ini selepas tujuh tahun berlalu? adakah dia masih merokok seperti biasa atau semakin teruk?

Apa yang dilakukan Ardi itu menjadi perbaincangan hangat di media sosial antarabangsa ketika itu menyebabkan kisahnya ini mendapat perhatian kerajaan Indonesia.






Memetik laporan laman littlethings.com, pada usia Ardi sembilan tahun ini, kanak-kanak ini sudah berjaya berhenti merokok selepas beberapa NGO dengan kerjasam pihak kerajaan telah memasukkan Ardi ke dalam program pemulihan dengan tujuan untuk menghentikan tabiat buruknya itu.

Tidak lama selepas tu, kerajaan Indonesia telah melancarkan satu kempen yang melarang kanak-kanak daripada merokok.


Ketika menerima rawatan pemulihan, untuk menghilangkan ketagihannya Ardi telah diberikan makanan ringan sebagai ganti menyebakan dia telah mengalami obesiti dan terpaksa melalui pelbagai rawatan lain untuk mengatasi masalah tersebut.

Orang yang bertanggungjawab untuk mengubah tabiat Ardi adalahseorang pakar psikiatri iaitu Dr. Kak Seto di mana dia telah berjaya menghentikan tabiat merokok dan memakan makanan ringan Ardi selepas itu.


Ardi telah menjalani beberapa sesi terapi bagi menghalangnya dari mengingati aktiviti merokok selain seorang pakar permakanan dipertanggungjawabkan untuk membuat menjaga diet yang sihat khas.

Kini Ardi sudah berjaya kembali sihat dan bebas dari tabiat merokok yang menyebabkan dia mula dikenali tujuh tahun lalu.

Lelaki Berusia 25 Tahun Hilang Ketika Pergi Kebun Sawit, Ditemui Dalam Perut Ular Sawa

Lelaki Berusia 25 Tahun Hilang Ketika Pergi Kebun Sawit, Ditemui Dalam Perut Ular Sawa



Detik ngeri yang memaparkan satu mayat lelaki dibawa keluar dari perut seekor ular sawa tujuh meter tersebar di internet.

Kejadian itu berlaku di negara jiran, Indonesia.

Menurut Tribun, mangsa, Akhbar Salubiro, 25, hilang pada malam Ahad apabila pergi ke kebun untuk memungut kelapa sawit di sebuah kampung pendalaman di barat Sulewesi, Indonesia.

Penduduk kampung memulakan pencarian dan menemui seekor ular sawa gergasi yang kelihatan seperti keletihan pada keesokan harinya.

Perut ular terbabit kemudian dibelah menggunakan pisau sepanjang 18 inci dan mayat Akhbar ditemui di dalamnya.



"Awalnya, Akbar berangkat dari rumahnya sekitar pukul 07.00, menuju kebun sawitnya membawa alatan," kata Setiausaha Desa, Junaedi kepada TribunSulbar.com.

"Penduduk di sini dengar ada orang menjerit sekitar pukul 13.00, tapi dianggap orang memburu babi. Jadi, suara minta tolong tidak dihiraukan," ujarnya.

Akbar mula disyaki hilang oleh keluarga kerana tidak pulang seharian. Kebiasaannya, Akhbar akan pulang pada waktu siang.

Video kejadian itu tidak dimasukkan ke artikel ini kerana mempunyai elemen ngeri. Tetapi, bagi yang berani, boleh melihat video berdurasi 5 minit itu di laman Tribu

Remaja Ditahan Kerana Godam 4,600 Laman Web, Sebabkan Kerugian RM2.03 Juta Kepada Syarikat Jual Tiket


Jakarta - Seorang lelaki yang baru berusia 19 tahun ditahan polis kerana menggodam lebih 4,600 laman web dan juga sistem komputer termasuk milik kerajaan sejak setahun lalu.

Dikenali dengan nama Haikal, lelaki yang tidak bersekolah itu juga didakwa mencuri tiket penerbangan dalam satu laman web dan menjualnya di laman tiket.com pada harga lebih murah.

Tribunnews melaporkan, tindakan lelaki itu telah menyebabkan syarikat laman web tersebut mengalami kerugian mencecah Rp6.1 billion (RM2.03 juta).

Haikal ditahan di sebuah rumah di Tangerang Selatan, Banten kelmarin manakala tiga lagi rakannya ditahan di Balikpapan, Kalimantan Timur dua hari lalu.

Menurut jurucakap polis, Rikwanto, aktiviti kumpulan itu dikesan selepas laman web tiket.com melaporkan ada aktiviti penggodaman berlaku di sistem mereka pada 11 November lepas.

Hasil siasatan kami mengesan satu kumpulan menjual tiket penerbangan yang dicuri itu di Facebook dengan potongan harga 30 hingga 40 peratus.

Kumpulan ini yang diketuai Haikal meraih keuntungan hampir Rp1 bilion (RM332,089).

Katanya, selain laman sesawang berkenaan, remaja itu dipercayai menggodam lebih 4,600 laman sesawang termasuk milik agensi kerajaan serta polis.

Suspek menggodam laman web berkenaan semata-mata mahu menunjuk-nunjuk kepada rakan-rakannya,” jelasnya.

(VIDEO) Comel, Aksi Ibu Kim Jong Kook Selepas Pertama Kali Dalam Hidupnya Memakai Tudung



Pasti ramai anda diluar sana meminati rancangan Game Show terkenal Korea Selatan iaitu Running Man, rata-rata peminat pasti tidak sabar untuk menunggu setiap episod rancangan berkenaan keluar untuk ditonton di Televisyen atau atas talian.

Nama seperti Yoo Jae-suk, Ji Suk-jin, Kim Jong-kook, Haha, Lee Kwang-soo dan Song Ji-hyo sudah pasti menjadi ingatan peminat dengan telatah lawak pecah perut mereka di dalam rancangan tersebut.

Bulan lepas Jong Kook telah datang ke Malaysia bersama emaknya untuk satu reality show, apa yang menarik kedatangan mereka ini, emak Jong Kook telah mencuba untuk memakai tudung.

Apa reaksi emak Jong Kok selepas memakai tundung buat pertama kali dalam hidupnya, jom saksikan.


Sehinggakan Pemilik Arked Merayu Supaya Berhenti

Sehinggakan Pemilik Arked Merayu Supaya Berhenti



ahun lepas, seorang lelaki dari Xiamen menjadi hero apabila berjaya mengumpul 3,000 anak patung dalam masa enam bulan hasil bermain mesin claw machine. 

Menurut Chen Zhitong, dia pernah diajak oleh pemilik arked keluar makan malam dan dipujuk supaya tidak lagi bermain.

Bagaimanapun, Chen terus berjuang dan tidak mahu berhenti.

Hari ini, Chen berkata dia berjaya mengumpul 15,000 anak patung dari mesin terbabit untuk tahun lepas sahaja. Kisah kejayaan Chen telah dirakam oleh Great Big Story.

Dah tentu terdapat skill tersendiri yang digunakan oleh Chen untuk bermain mesin itu.

"Terdapat beberapa parameter untuk menang. Pertama adalah kapasiti pencengkam (claw). Ia perlu ketat.

"Kedua adalah sudut pusingan pencengkam. Ketiga adalah susunan patung-patung berkenaan.

"Ketiga-tiga parameter ini akan menjadi kunci sama ada anda berjaya mengeluarkan patung itu atau tidak," kata Chen.

Kata Chen juga, dia turut mendermakan 1,000 patung kepada sekolah kanak-kanak kurang upaya tahun lepas.

Nak tahu lebih lanjut tentang kejayaan Chen? Tonton video dibawah:
 


https://youtu.be/lDuFXdRaRAQ


Semasa kurun ke 17, terdapat banyak kaedah hukuman dalam bentuk penyiksaan terhadap penjenayah sama ada ringan atau pun berat. Hanya beberapa buah negara sahaja yang mengamalkan kaedah hukuman sebegini. Tetapi ironinya, kaum wanita lebih menerima hukuman lebih berat berbanding kaum lelaki. Ini mungkin kerana, sistem keadilan pada masa itu kurang logik dan berpihak hanya pada kaum lelaki.
Wanita yang telah diseksa selalunya melibatkan anggota seksual sehingga menyebabkan cacat kekal tetapi selalunya berakhir dengan kematian.
Kebanyakan kaedah penyeksaan telah dimansuhkan se-abad yang lalu, bagaimanapun, beberapa hukuman kejam ni masih diamalkan di sesetengah negara hari ini. Sesetengahnya penyeksaan ke atas diri mereka bukan sebab jenayah tetapi oleh kerana tradisi. Ketahui berikut ini jenis-jenis hukuman zalim terhadap wanita:

1. Rogol

2. Chastity belts

3. Gergaji

4. Berkhatan

5. The breast ripper

6. The pear of anguish

7. Rejam

8. The scold’s bridle

9. Foot binding

10. The Spanish Donkey Cut Women

Ibu Terakam Foto Comel Anak 2 Tahun 'Posing' Bersama Pemangsa Berbisa, Sangkakan Dahan Pokok

Ibu Terakam Foto Comel Anak 2 Tahun 'Posing' Bersama Pemangsa Berbisa, Sangkakan Dahan Pokok Seorang ibu terkejut besar apabila...